Friday, October 9, 2009

KHILAF

Masih lagi aku gagal menterjemahkan semangat Hang Tuah ke ke atas lembaran kertas itu. Jiwaku masih kabur. Kelabu dek kerana neuron-neuron otakku berselirat gagal merungkai apa yang aku mahu sebenarnya. Rasanya mahu hati ini melakarkan kisah yang boleh menjadi pegangan masyarakat. Menjadi pedoman. Biarlah tidak hebat di mata pecinta seni, biarlah ia elok di mata masyarakat. Itulah impianku, angankan sebuah kisah yang mampu mendidik pemikiran masyarakat. Mana yang harus kupilih, kisah cinta bersendikan agama atau perit pedih anak luar nikah. Aku masih khilaf lagi.

No comments:

Post a Comment