Friday, October 16, 2009

DI SAAT aku melepaskan lelah di kamar peraduanku. Tiba-tiba ada suatu idea yang berlingkar di kepala ku. Bagai ada satu bisikan dalam diri ini supaya menulis lagi. Datang tidak disangka-sangka ilham itu. Seperti sudah ada cerita itu. Hanya menunggu masa untuk digarapkan. Akal ku tiba-tiba sahaja mahu mencuba nasib dalam alam penulisan ini. Rasa seperti ingin menulis novel pendek. Mahu bernovelis pula jiwa ku ini. Gambaran cerita tentang seorang wanita muda yang terlibat dengan dunia politik, mahu menjadi seorang politikus yang berjaya menghantui ku saban ketika. Kisah perjungannya yang mahu wanita di pandang sama tinggi letak duduknya dalam politik cukup mencabarku. Lebih mengasyikkan ku, kisahnya bermula dengan menyertai sebuah parti politik yang berjalan atas landasan agama. Perjuangan demi agama yang suci. Bukannya dibina atas paksi rasis. Aku akan cuba menyahut cabaran hati kecil ini. Akan aku garapan sebuah novel pendek. Sekurang-kurangnya buat tatapan ku sendiri. Sebagai bukti aku pernah berguru tentang penulisan kreatif. Akan ku padukan logik akal dan rasional minda demi cerita itu. Berjaya dengan gahnya, itulah harapan dan impianku selalu.

No comments:

Post a Comment