Friday, October 16, 2009

ALHAMDULILAH. Syukur ku panjatkan ke Hadrat Ilahi yang telah memberikan ku segenap kekuatan dan ketabahan buat menyiapkan sebuah cerpen eksperimental julung kali ku. terasa kekok juga akal ini mahu mengatur langkah demi langkah. Mencari baris-baris ayat yang sempurna buat menjayakan ceritera ku nanti. Ku tempuh onak duri pancaroba demi tugasan itu. Walau kisah yang ku lakarkan itu siap. Sudah pun ku hantar kepada Dr. Mawar, namun jauh di sudut hati ku, masih berbuku lagi rasa tidak puas hati. Rasanya mahu sahaja aku coretkan kisah yang baharu buat Tuah. Masih aku tidak berpuas hati dengan garapan ku sendiri. Rasanya seperti masih kekurangan perencah. Atau barangkali terlebih garam. Bagaimana mahu dihadam oelh khalayak jika garapanku itu terlalu masin. Boleh dihinggap darah tinggi gara-gara masin garam. Seperti ceritaku itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya lagi. Sangat memerlukan tiang-tiang yang kukuh buat menyokongnya. Perlu lebih kreatif ku rasa. Di samping perlu ada nilai-nilai estitika dalam penulisan. Itu yang aku fikirkan perlu. Apa-apa pun, garapan ku "KERANA INDAHNYA PENCAK TARI TUAH" barangkali sudah pun berada dalam simpanan Dr.Mawar. Mungkin hanya menunggu saat-saat untuk dinilai.

No comments:

Post a Comment