Sunday, January 24, 2010

PEMERGIAN TAK TERJANGKA

Ketenangan pagi ku hari ini tersentak dengan satu panggilan telefon yang bagaikan meragut ketenanganku. Satu panggilan telefon yang membawa khabar kurang senang buatku. Bapa saudaraku telah meninggal dunia pada jam 5.00 pagi tadi. Aku terkedu mendengar mendengar khabar itu. Bagaikan tidak percaya. Kali terakhir aku berjumpa dengan bapan saudarku itu dua minggu yang lalu. Tidak ada langsung tanda-tanda yang dia sakit. Pemergian beliau semalam pun bukan kerana sakit parah yang ditanggungnya. Beliau pergi tanpa sebarang penyakit. Apa yang pasti, masanya yang dijanjikan buatnya telah tiba. Lantas aku terkenangkan diri ini yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda. Jika aku dijemput menghadap Ilahi sekarang, kurasakan diri ini akan menerima azab yang cukup pedih. Sentiasa hanyut dalam arus khayalan dunia. Marilah bersama-sama kita merubah kehidupan kita. Demi mengejar cita yang satu, iaitu redha Ilahi. Apa yang pasti aku sudah dapat lagi mendengar kuliah bapa saudaraku di madrasah kampungku. Aku rindukan kuliahnya. Baru sahaja aku berkira-kira mahu mendengar kuliahnya sebaik sahaja menjengahkan kaki ke kanpung. Ternyata impianku tidak terkabul. Ilahi lebih mengasihinya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.

1 comment: